Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia 2016

          
28 Muharram 1438H / Khamis 29 Oktober 2016M - Majlis Sambutan hari Pos Sedunia bagi Tahun 2016 dan diselajurkan dengan Majlis Perasmian Apps baru yang dinamakan iPOST telahpun diadakan pada 9.00 pagi ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis bagi menyempurnakan Sambutan Hair Pos Sedunia 2016 dan perasmian tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara;Yang Mulia Awang Haji Mohamad Manan bin Haji Lakim, Ketua Pos Agung selaku Pengerusi Majlis, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya, wakil-wakil dari Sektor Kerajaan dan Swasta serta sekolah-sekolah.

Sambutan Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 haribulan Oktober sempena memperingati hari ulang tahun penubuhan Universal Postal Union atau Kesatuan Pos Sedunia dalam tahun 1874.

Tema sambutan pada kali ini ialah "Innovation, Intergration and Inclusion" atau "Inovasi, Intergrasi dan Rangkuman".


Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan melancarkan applikasi iPOST

Pelancaran Apps iPOST adalah merupakan salah satu produk baru yang boleh dimuat-turun melalui telefon bimbit pengguna android sahaja. Dari acara atau aktiviti yang dirancangkan Sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2016. Lain lain aktiviti juga telah dan akan diungkayahkan. Pada 8 haribulan Oktober yang lalu Jabatan ini telah mengadakan satu majlis keagamaan iaitu majlis sembahyang hajat berjemaah dan diselajurkan dengan majlis membaca Surah Yassin dan Tahlil sersama pegawai dan kakitangan pos bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa. Selain itu aktiviti yang telah selesai diadakan ialah Kempen derma Darah yang di adakan Di Pusat Memproses Mel dan Bungkusan. Sementara aktiviti - aktiviti lain yang akan dijalankan ialah seperti Sukan Bowling, Sukan Ria, dan Majlis Ramah Mesra bagi pegawai dan kakitangan pos.

Insya Allah, Jabatan Perkhidmatan Pos berharap agar Sambutan hari Pos Sedunia pada Tahun ini akan lebih bermakna bagi warga pos keseluruhannya terutama dalam mengeratkan tali silaturrahim. Jabatan Perkhidmatan Pos ingin mengucapkan Selamat menyambut hari Pos Sedunia kepada orang ramai khususnya kepada pelanggan-pelanggan pos yang setia.
Attachments
Created at 06/02/2017 01:59 PM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan
Last modified at 06/02/2017 01:59 PM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan