Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Pos Sedunia 2017

P6-A_101017.jpg

Isnin, 18 Muharram 1439H bersamaan 09 Oktober 2017:

Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin, Tahlil, Sembahyang Sunat Hajat, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah sempena Hari Pos Sedunia 2017. Majlis diadakan di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Awang Haji Rozaly bin Haji Saidon, Pemangku Ketua Pos Agung.  Turut hadir, pemangku Timbalan Ketua Pos Agung dan pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil dikhususkan untuk pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos yang telah kembali kerahmahtullah dan diteruskan dengan Sembahyang Sunat Hajat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dan juga umat Islam di seluruh dunia.

 

Majlis Membaca Surah Yassin, Tahlil, Sembahyang Sunat Hajat, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah sempena Hari Pos Sedunia 2017 dikendalikan bertujuan untuk memperingati Penubuhan Jabatan Perkhidmatan Pos Negara Brunei Darussalam yang ke-111 tahun dan juga memperingati sambutan Hari Pos Sedunia ke-143 tahun yang jatuhnya pada setiap 9 oktober.

 

Di samping itu, Majlis juga adalah merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama pegawai dan kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Pos dan memohon keredhaan Allah Subhanahu Wataala jua.


Attachments
Created at 18/10/2017 03:08 PM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan
Last modified at 18/10/2017 03:08 PM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan