Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia Bagi Tahun 2017

Sabtu, 8 Safar 1439 bersamaan 28 Oktober 2017 – Jabatan Perkhidmatan Pos telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia bagi Tahun 2017 bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Yang Mulia Dr. Haji Supry bin Haji Ag. Ladi, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan; Yang Mulia Awang Haji Rozaly bin Saidon, Pemangku Ketua Pos Agung selaku Pengerusi Majlis; Ketua-Ketua Bahagian dan Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya; serta para jemputan dari agensi-agensi Kerajaan, sekolah-sekolah dan juga syarikat-syarikat swasta.

 

Antara aturcara Majlis adalah menyaksikan tayangan video mengenai sejarah penubuhan Jabatan Perkhidmatan Pos yang kini sudah menjangkau 111 tahun. Sambutan Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 haribulan Oktober sempena memperingati hari ulang tahun penubuhan Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union) dalam tahun 1874. Tema sambutan pada kali ini ialah 'Inovasi, Integrasi dan Rangkuman' (Innovation, Integration and Inclusion).

 Postcode.png

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan ketika menyaksikan senarai-senarai pos kod yang telah dikemas kini. (Gambar dari Pelita Brunei 30 Oktober 2017)

 

Bersempena Sambutan Hari Pos Sedunia pada tahun ini, Majlis Sembahyang Sunnat Hajat Berjemaah, diselajurkan dengan Membaca Surah Yassin dan Tahlil di kalangan para pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos telah diadakan pada 9 Oktober 2017 bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas. Beberapa aktiviti juga telah dirancang seperti Kempen Menderma Darah di Pusat Pemerosesan Mel (Mail Processing Centre) di Berakas, kejohanan sukan untuk para pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos seperti bowling, badminton, Futsal, dan Bola Jaring.

 WhatsApp Image 2017-10-31 at 09.16.36.jpeg

Yang Berhormat Dato Menteri bersama kumpulan koir Jabatan Perkhidmatan Pos.


Inshaa Allah, Jabatan Perkhidmatan Pos berharap agar Sambutan Hari Pos Sedunia yang dikendalikan pada tahun ini akan lebih bermakna buat warga Jabatan Perkhidmatan Pos keseluruhannya, terutama dalam mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut. Di kesempatan ini, Jabatan Perkhidmatan Pos ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pos Sedunia kepada orang ramai dan khususnya kepada pelanggan-pelanggan setia Jabatan Perkhidmatan Pos.

Attachments
Created at 31/10/2017 09:17 AM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan
Last modified at 31/10/2017 09:32 AM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan