Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS SAMBUTAN HARI POS SEDUNIA BAGI TAHUN 2018 - 4 SAFAR 1440 BERSAMAAN 13 OKTOBER 2018

Jabatan Perkhidmatan Pos telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia yang ke 144 tahun pada pagi tadi bertempat di Pusat Memproses Mel, Berakas. Tema sambutan pada tahun ini ialah "The Post: Delivering Good To The World".

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan.

IMG20181013094325.jpg

Turut hadir dimajlis tersebut adalah Yang Berhormat Pg Haji Ali bin Pg Maon, Penghulu Mukim Berakas B dan Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Hj Nudin, Penghulu Gadong A, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Hajah Airah binti Haji Abdullah, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan; Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Eksekutif serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Perhubungan dan agensi-agensi di bawahnya; serta para jemputan dari agensi-agensi Kerajaan, sekolah-sekolah dan juga syarikat-syarikat swasta.

IMG20181013093115.jpg

IMG20181013085606.jpg

Acara sambutan Hari Pos Sedunia dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Pemangku Ketua Pos Agong dan diikuti dengan Ucapan Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Perhubungan. Didalam ucapan Yang Berhormat Menteri Perhubungan, beliau menekankan akan pentingnya inovasi dalam penambahbaikan dan peningkatan mutu perkhidmatan secara menyeluruh, serta berintegrasi dan inklusif melalui penerapan teknologi dalam setiap pertimbangan dan proses yang dilaksanakan. Ini termasuklah keperluan untuk pembangunan keupayaan dan 're-skilling' bagi menepati perkembangan dan keperluan kearah Ekonomi Digital.

Yang Berhormat Menteri Perhubungan juga menekankan akan keperluan untuk mencapai objektif peningkatan kualiti perkhidmatan melalui penggunaan teknologi dalam bentuk perkembangan era revolusi industri yang ke-4 (4th Industrial revolution). Dalam revolusi ini, keupayaan teknologi digital semakin ketara dalam menggerakkan pemikiran, gaya hidup, perhubungan dan cara kita bekerja. Revolusi ini membawa kemajuan yang saling berhubungkait dalam semua aspek, termasuk pembuatan (manufacturing) dan pengedaran (distribution) melalui teknologi seperti "The Internet of Everything" (IoE), digitisation, mobile devices, big data, analytics dan cloud computing. Perkhidmatan-perkhidmatan pos tidak akan ketinggalan dalam revolusi ini.

Disamping menjanjikan skop pasaran dan perkhidmatan dalam sektor perniagaan bagi pengguna yang lebih meluas serta proses yang lebih mudah dan cepat melalui teknologi berkeupayaan tinggi, Revolusi Industri 4.0 berupaya untuk lebih menyerlahkan dan mendokong ekonomi digital berasaskan teknologi dan kepekaan pengguna.

Disamping itu juga, Yang Berhormat Menteri Perhubungan juga mengonsikan akan keperluan untuk menerokai dengan lebih giat lagi potensi pasaran perniagaan secara dalam talian di peringkat global yang mengikut statistik Global Postal Industry Report 2017, telah menunjukkan pertumbuhan lebih 18% setahun secara purata sejak tahun 2006. 

Mengikut kajian Asia Development Bank, rantau Asia-Pasifik adalah penyumbang terbesar kepada pertumbuhan pasaran e-commerce, khususnya bagi segmen business to consumer (B2C). Dari nilai global sebanyak $2.3trillion, US$1trillion adalah dari rantau Asia Pasifik dengan kadar pertumbuhan pada 28%.

Untuk rantau Asia Tenggara (Southeast Asia), 40% dari keseluruhan aktiviti e-commerce adalah transaksi rentas sempadan (cross border e-commerce transaction). Trend ini dijangka meningkat selaras dengan inisiatif kearah ASEAN Economic Community sebagai komponen besar dalam pertumbuhan e-commerce di rantau ini. Dengan jumlah penduduk sebanyak 642 juta orang dan penembusan internet yang semakin meningkat setiap tahun, ASEAN dianggap mempunyai potensi yang amat tinggi bagi perkembangan e-commerce.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri Perhubungan juga menyentuh mengenai adaptasi menyeluruh Jabatan Perkhidmatan Pos melalui pengkorporatan untuk lebih signifikan dan berimpak walaupun secara umum, kemajuan teknologi telah mencabar kewujudannya, khususnya bagi perkhidmatan konvensional.

Bagi mengimbangi penurunan dalam perkhidmatan konvensional dan seterusnya dalam memanfaatkan kemajuan teknologi, penyedia perhidmatan pos di seluruh dunia sudah melibatkan diri dalam pelbagai perkhidmatan. Kemajuan dan penggunaan teknologilah yang telah memudahcara penyediaan perkhidmatan tambahan seperti perkhidmatan perbankan dan kewangan, pengiklanan dan logistik seluruh dunia.

Melihat perkembangan dan potensi ini, Kementerian Perhubungan menyedari pembaharuan Jabatan Perkhidmatan Pos perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi membolehkannya melangkah lebih jauh dan bergerak lebih pantas. Dari itu, usaha kearah pengkorporatan pos pada masa ini giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri Perhubungan juga menekankan akan keperluan Jabatan Perkhidmatan Pos untuk membuat persediaan yang rapi bagi penjenamaan atau rebranding. melalui pemberigaan perkhidmatan-perkhidmatan baru yang dinaiktaraf dan juga melalui penerokaan kolaborasi strategik dengan rakan-rakan kerjasama yang berpotensi melalui pendekatan "whole of nation" yang holistik dan bersepadu bersama pelbagai pihak, seperti syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLCs), sektor swasta dan institusi pengajian tinggi.

Yang Berhormat Menteri Perhubungan juga menyentuh mengenai dengan keperluan pemberian perkhidmatan untuk tetap inklusif. Disinilah kewajipan memastikan Universal Service Obligation, atau Kewajipan Perkhidmatan Sejagat tetap terpelihara dalam penyediaan perkhidmatan berkualiti dan memuaskan yang dapat terus diperolehi oleh setiap pengguna di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Ini juga selaras dengan dasar Kementerian Perhubungan kearah sektor perhubungan yang kompetitif dan mampan yang memberikan pilihan kepada pengguna.

Diantara perisian majlis Sambutan Hari Pos Sedunia pada pagi ialah permakluman dan penyampaian anugerah-anugerah bagi ketua pos dan posemen terbaik jabatan perkhidmatan pos. Anugerah-anugerah tersebut adalah sebagai galakan dan motivasi kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos untuk berusaha lebih gigih dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian masing-masing. 

Selepas permakluman anugerah itu majlis pagi ini diteruskan dengan permakluman pemenang-pemenang peraduan menulis surat kiriman bagi kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 15 tahun.

IMG20181013101803.jpg

Majlis pada pagi ini juga diselajurkan dengan pelancaran Buku Poskod Edisi II 2018 dan pelancaran Projek Rintis Sistem Postal Q-Pintar, Mini Pameran juga diadakan dan seterusnya Perasmian sebuah café di Pusat Pemerosesan Mel Berakas yang mana adalah sebuah projek Public-Private-Partnership (PPP) Jabatan Perkhidmatan Pos dengan sebuah syarikat swasta tempatan. Sambutan Hari Pos Sedunia disambut bersempena dengan memperingati hari ulang tahun penubuhan Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union) sejak tahun 1874.

poskod.JPG

Jabatan Perkhidmatan Pos berharap agar Sambutan Hari Pos Sedunia yang dikendalikan pada tahun ini akan membolehkan Jabatan Perkhidmatan Pos untuk memberigakan perkhidmatan-perkhidmatan terkininya dalam usaha berterusan untuk memenuhi ekspektasi dan kepuasan pelanggan.

Attachments
Created at 14/10/2018 03:51 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 14/10/2018 04:09 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni