Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SETEM KENANG-KENANGAN ASEANPOST KALI KEDUA (TEMA: PAKAIAN KEBANGSAAN)

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Ogos. - Jabatan Perkhidmatan Pos Negara Brunei Darussalam (NBD) telah mengeluarkan Setem Kenang-kenangan ASEANPOST kali Kedua yang bertemakan Pakaian Kebangsaan.

Setem keluaran ini berharga 0.20 sen dan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama berharga 0.45 sen, satu lembaran berharga $6.00, ianya mengandungi 30 keping setem berharga 0.20 sen dan mempunyai nombor bersiri.

WhatsApp Image 2019-08-09 at 9.21.07 AM.jpeg

Gambar diperolehi dari Jabatan Penerangan melalui Laman Web Pelita Brunei di www.pelitabrunei.gov.bn.

Jumlah keluaran setem kenang-kenangan ini hanya dikeluarkan sebanyak 240 ribu keping untuk dijual dan boleh didapati di seluruh daerah cawangan pejabat pos Negara Brunei Darussalam.

Setem ini serentak dikeluarkan oleh 10 negara-negara Asean pada hari Khamis, 8 Ogos 2019.

Butiran Teknikal rekabentuk setem adalah seperti dibawah:

  • Ilustrasinya : Muhammad Abdul Wafi bin Hj Mat Salleh
  • Perekabentuk : Digital Impressions
  • Pencetak : Southern Colour Print, New Zealand
  • Ukuran Setem : 30mm x 50mm
  • Proses pencetakan : offset lithography
  • Jenis kertas : Tullis Russell Gummed Stamp Paper 103gsm, Unwatermarked (Postal Logo with Colourless Invisible Phosphorescent Ink)
  • Nombor Lembaran Bersiri dikeluarkan mulai 0001 - 8000
  • Perlubangan setem : 13 per 2mm
  • Rencana disediakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Brunei Darussalam.

Untuk keterangan lanjut bolehlah terus menghubungi Unit Pemasaran dan Filateli di talian 2222191 dan email ke brustamp@post.gov.bn.

WhatsApp Image 2019-08-09 at 8.12.59 AM (1).jpeg

WhatsApp Image 2019-08-09 at 8.13.00 AM (1).jpeg

WhatsApp Image 2019-08-09 at 8.12.59 AM.jpeg

Poster A4-01 as of 9082019.png

Poster Keluaran Setem 


Attachments
Created at 09/08/2019 10:45 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 09/08/2019 11:31 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni