Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS SAMBUTAN HARI POS SEDUNIA BAGI TAHUN 2019 - "Delivering Development"

Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia yang ke 145 tahun pada pagi Sabtu, 3 Rabiulakhir 1441 bersamaan 30 November 2019 bertempat di Jupiter Banquet Room, Hotel Starlodge, Jerudong . Tema sambutan pada tahun ini ialah "Delivering Development". Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

WhatsApp Image 2019-12-02 at 4.44.57 PM.jpeg

Turut hadir dimajlis tersebut adalah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohammad Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi & Korporat),  Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan & Perkembangan); Yang Mulia Awang Haji Aminuddin bin Haji Mohd Taib, Pemangku Ketua Pos Agung selaku Pengerusi Majlis, Ketua-Ketua Eksekutif, Pengarah-Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta pihak-pihak berkuasa dibawahnya dan para jemputan dari agensi-agensi Kerajaan, sekolah-sekolah dan juga syarikat-syarikat swasta.

Acara Sambutan Hari Pos Sedunia dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia, Awang Haji Aminuddin bin Haji Mohd Taib, Pemangku Ketua Pos Agong dan diikuti dengan Ucapan Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

YB MTIC - Tetamu Kehormat Majlis memberikan ucapan.jpeg

Didalam ucapan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi membuat beberapa penekanan iaitu:

  1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi penyerapan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri sebagai sebuah agensi di bawah MTIC. Turut diserapkan ke MTIC adalah fungsi berkaitan Digital Nation yang sebelum ini di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga;
  2. Penubuhan Cyber Security Brunei (CSB) sebagai sebuah agensi kebangsaan juga di bawah kawalan MTIC. Cyber Security Brunei (CSB) bertanggungjawab melaksanakan inisiatif-inisiatif memantapkan keselamatan siber di Negara Brunei Darussalam.
  3. Untuk mengukuhkan lagi peranan dan penglibatan sektor perkhidmatan pos dalam ekonomi digital, pembaharuan dan innovasi perlu di titik beratkan.
  4. Salah satu matlamat di dalam Istanbul World Postal Strategy adalah untuk memastikan produk yang moden dan berdayatahan. Di bawah matlamat ini, antara strategi yang dikenalpasti, termasuk keperluan untuk mempercepatkan pembentukan e-commerce solutions, mempelbagaikan perkhidmatan produk dan perkhidmatan dan seterusnya memudahcara perniagaan (business facilitation) melalui rangkaian pos.
  5. Jabatan Perkhidmatan Pos telah melaksanakan beberapa perkhidmatan digital pos, seperti Track and Trace, Online Contact and Customer Service, Online lookup for postcodes, addresses and post offices.

Diantara perisian majlis Sambutan Hari Pos Sedunia pada Majlis ialah mini forum yang bertajuk "Transformation – Mindset Towards 4th Industrial Revolution – The Challenges in the Postal Industry". Beberapa panel jemputan telah memberikan penyampaian mereka yang berkaitan dengan industri pos mengikut perspektif bidang masing-masing. Antara panel yang telah dijemput adalah Dr Haji Mohd Nabil Almunawar- Pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam, Mr Victor Lee, Pengurus, Syarikat Jifee Technologies Sendirian Berhad dan Dayangku Noorhidayati binti Pengiran Omar, Pengarah Operasi wakil daripada Syarikat Globex Global Logistics Sdn Bhd.

Forum bersama Vendors.jpeg

Majlis diteruskan lagi dengan permakluman dan penyampaian anugerah pekerja cemerlang bagi JPP bagi tahun 2019. Anugerah-anugerah tersebut adalah sebagai galakan dan motivasi kepada pegawai-pegawai dan kakitangan JPP untuk berusaha lebih gigih dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian masing-masing. Majlis juga turut menyaksikan penyampaian penghargaan cenderahati kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos yang telah berkhidmat di Jabatan berkenaan selama 30 tahun dan keatas. Penghargaan itu sememangnya dihasratkan bagi menghargai jasa yang telah mereka sumbangkan selama berkhidmat dengan JPP.

WhatsApp Image 2019-12-02 at 4.44.46 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2019-12-02 at 4.44.58 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2019-12-02 at 4.45.00 PM.jpeg

Majlis pagi itu juga diteruskan dengan memaklumkan pemenang-pemenang peraduan menulis surat kiriman bagi kanak-kanak yang berumur diantara 9 hingga 15 tahun.

Sesi Bergambar bersama pemenang-pemenang Surat Kiriman.jpeg

Yang Behormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi seterusnya melancarkan projek usaha-sama JPP dan Syarikat OSCO Sendirian Berhad dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan (EMS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).

WhatsApp Image 2019-12-02 at 4.45.06 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-12-02 at 4.45.06 PM (1).jpeg

Mini Pameran juga diadakan dari rakan-rakan strategik perniagaan Jabatan ini dalam penyediaan kearah perkhidmatan digital.

YB MTIC - Mendengar dan menyaksikan pameran dari vendor.jpeg

YB MTIC - Mendengar dan menyaksikan pameran dari vendor3.jpeg

WhatsApp Image 2019-12-02 at 4.44.41 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-12-02 at 4.44.42 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-11-30 at 12.00.52 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-11-30 at 12.00.52 PM (1).jpeg

Sambutan Hari Pos Sedunia disambut bersempena dengan memperingati hari ulang tahun penubuhan Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union) sejak tahun 1874. Jabatan Perkhidmatan Pos berharap agar Sambutan Hari Pos Sedunia yang dikendalikan pada tahun ini akan dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan perniagaan dan orang ramai dalam memberigakan perkhidmatan-perkhidmatan pos yang sedia-ada dan akan datang.

Attachments
Created at 03/12/2019 08:44 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 03/12/2019 09:20 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni