Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Notis Makluman COVID-19

​SABTU, 26 Rejab 1441 Hijrah bersamaan 21 Mac 2020 Masehi 

Dalam mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) di seluruh negara, JPP akan terus mengikut perkembangan terkini keadaan dan situasi berhubung COVID-19.

Bagi sistem penghantaran, barangan pos yang diterima oleh para pelanggan tidak memerlukan sebarang tandatangan buat masa ini dan penerima hanya perlu menyatakan nombor kad pengenalan mereka bagi menghadkan kontak diantara posmen, wakil pos dan pelanggan.

Seterusnya, Jabatan Perkhidmatan Pos sukacita memaklumkan bahawa mulai 21 Mac 2020, waktu perkhidmatan akan bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari Isnin hingga hari Khamis dan hari Sabtu. Manakala semua cawangan pejabat pos adalah ditutup pada setiap hari Jumaat. Waktu perkhidmatan ini akan diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.  Bagi memudahkan orang ramai untuk membaharui Lesen Kenderaan atau Lesen Memandu serta membuat bayaran menggunakan Kad Kredit dan Kad Debit, disyorkan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian (online) dengan  melayari laman sesawang e-Darussalam atau dengan menggunakan aplikasi TransportBN.

Jabatan Perkhidmatan Pos mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan atas sokongan dan kesabaran pada masa ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC) di talian +673 238 0481 atau +673 8711002 (Whatsapp) atau emel cscpost@post.gov.bn.



Disediakan oleh: 

Jabatan Perkhidmatan Pos 

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 

Negara Brunei Darussalam

Attachments
Created at 23/03/2020 12:16 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 23/03/2020 12:38 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni