Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG PERADUAN MENULIS SURAT KIRIMAN SEMPENA SAMBUTAN HARI POS SEDUNIA KE-146

Hari Sabtu, 17 Oktober 2020 - Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei Darussalam telah menyampaikan hadiah kepada pemenang – pemenang bagi peraduan menulis surat kiriman bagi kanak-kanak yang berumur di antara sembilan (9) hingga 15 tahun. Peraduan ini adalah bersempena sambutan Hari Pos Sedunia pada tahun ini. Dalam pada itu, peraduan ini telah dihakimi dengan kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

Pemenang pertama telah dimenangi oleh Yang Mulia Dyg. Siti Nurfahimah Binti Awg Affendy dari St. Angela's School Seria. Beliau telah mendapat markah sebanyak 97 peratus dan menerima Wang Tunai $500.00 beserta piala dan sijil penyertaan. Surat Kiriman bagi pemenang pertama ini juga mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Peraduan Surat Kiriman Antarabangsa yang dianjurkan oleh Universal Postal Union di Berne, Switzerland. Pemenang kedua pula telah dimenangi oleh tiga orang iaitu Yang Mulia Dyg. Alliana Anak Ayub dari St. Angela's School, Seria, Yang Mulia Dyg. Liyau Yi Qing dari Chung Hwa Middle School, BSB dan Yang Mulia Awg. Ang Chin Gui dari Chung Hwa Middle School, BSB. Ketiga-tiga pemenang ini telah berkongsi markah dengan mendapat 96 peratus dan telah menerima wang tunai $300.00 beserta piala dan sijil penyertaan.

Dyg. Siti Nurfahimah Binti Awg Affendy dan Dyg. Alliana Anak Ayub.png

Dyg. Eloise Tan Li Ming - Awg. Ang Chin Gui dan Dyg. Liyau Yi Qing.png

Pada tahun ini acara penyampaian hadiah pemenang-pemenang bagi peraduan menulis surat kiriman disampaikan dengan berkunjung di sekolah-sekolah pemenang masing-masing yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Mohamad Azlan bin Haji Mohammad Junaidi, Pemangku Ketua Pos Agung dan Yang Mulia, Hamir bin Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Ketua Pos Agung.

Manakala seramai lima (5) orang peserta telah menerima saguhati dan masing-masing membawa menerima wang tunai wang tunai sebanyak $50.00 beserta piala dan sijil penyertaan. Penerima-penerima saguhati ialah Yang Mulia Dyg. Shim Sing Ying dari St. Andrew's School, BSB, Yang Mulia Awg. Ayden Chung Xun Wang dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, BSB, Yang Mulia Dyg. Miza Hannani Binti Hj Hazren dari St. John School, Kuala Belait, Yang Mulia Awg. Jayden Lim Zheng Feng dari St. Andrew's School, BSB dan Yang Mulia Dyg. Eloise Tan Li Ming dari Chung Hwa Middle School, BSB.

Dyg. Shim Sing Ying.png

Dyg. Miza Hannani Binti Hj Hazren.png

Awg. Jayden Lim Zheng Feng.png

Awg. Ayden Chung Xun Wang.png

Untuk itu Jabatan Perkhidmatan Pos ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan syabas kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya memenangi peraduan menulis surat kiriman serta dalam kesempatan ini Jabatan Perkhidmatan Pos juga ingin menguncapkan Selamat Menyambut Hari Pos Sedunia yang ke – 146.

Attachments
Created at 19/10/2020 12:22 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 19/10/2020 12:28 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni