Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KELUARAN SAMPUL SURAT RASMI HARI PERTAMA DAN SETEM KENANG-KENANGAN JAMBATAN SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN 23 SEPTEMBER 2021

Lambang Gov.jpg

​BANDAR SERI BEGAWAN, Hari Khamis, 23 SEPTEMBER 2021 - Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei Darussalam mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan Setem Kenang-kenangan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien. Setem Kenang-kenangan ini siap sedia untuk dijual kepada orang ramai yang berminat untuk mendapatkannya bermula pada hari Khamis, 16hb Safar 1443 bersamaan dengan 23hb September 2021. Keluaran setem pada kali ini memaparkan pembinaan jambatan yang terpanjang di rantau Asia Tenggara yang mempunyai kepanjangan 26.3 km dan mula dibukakan kepada orang ramai pada 17hb Mac 2020. 

Pembukaan jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien ini adalah bagi memudahkan pergerakan orang ramai yang membuat penghantaran barangan dan perkhidmatan di antara Daerah Brunei-Muara dan Daerah Temburong. Jambatan ini juga merupakan ‘lambang kemodenan’ terunggul bagi Negara Brunei Darussalam. 

Selaras dengan memperingati ‘lambang kemodenan’ ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Titah Baginda bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda yang ke-74 tahun, secara rasminya telah menamakan jambatan ini sebagai ‘Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien’. 

Melalui keluaran ini, Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama, tiga (3) keping setem dan Lembaran Mini Khas. Produk-produk setem yang akan dijual adalah seperti berikut:- 

1. Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Bersetem (FDC) - (dicetak sebanyak 3,000 keping sahaja): $3.45 sekeping (Tiga Ringgit dan Empat Puluh Lima Sen Sahaja). 

2. Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Tanpa Setem (FDC) - (dicetak sebanyak 3,000 keping sahaja): $0.45 sekeping (Empat Puluh Lima Sen Sahaja). 

3. Lembaran Mini Khas (Miniature Sheet): $30.00 sekeping (Tiga Puluh Ringgit Sahaja). 

4. Setem Setenant berharga: $3.00 - $1.00 x 3 keping (Tiga Ringgit Sahaja). 

5. Lembaran Setem berharga: $24.00 - 8 set (Dua Puluh Empat Ringgit Sahaja). 


Butiran teknikal rekabentuk setem adalah seperti berikut:- 

• Perekabentuk: Ikmalina Hakimah binti Haji Md. Yunos • Pencetak: Southern Colour Print Limited, New Zealand 

• Ukuran Setem: 40mm x 30mm 

• Proses pencetakan: Offset lithography 300 LPI 

• Jenis kertas: Arconvert Gummed Stamp Paper 110gsm 

• Nombor Lembaran Setem Bersiri: 00001 – 25000 

• Nombor Lembaran Mini Khas Bersiri: 001 – 350 (Keluaran adalah Terhad) 

• Perlubangan setem: 14.28 x 14.40 

• Teks disediakan oleh Urusetia Projek Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan 


Setem Kenang-kenangan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien mula dijual kepada orang ramai pada Khamis, 23hb September 2021 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Dengan mengambilkira situasi terkini jangkitan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan ini mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan penjarakan sosial dan juga memberikan perkhidmatan tanpa sentuhan. 

Bagi mendapatkan Setem Kenang-Kenangan ini, orang ramai hendaklah membuat tempahan dengan menghubungi cawangan-cawangan pejabat pos yang berkenaan atau melalui tempahan secara dalam talian dengan mengimbas kod QR yang disediakan. 

Setem-setem yang telah ditempah akan dapat diambil di cawangan-cawangan pejabat pos seperti berikut:- 

1. Pejabat Pos Gadong; 

2. Pejabat Pos Seri Kompleks; 

3. Pejabat Pos Muara; 

4. Pejabat Pos Sengkurong; 

5. Pejabat Pos Lumut; 

6. Pejabat Pos Mumong, Kuala Belait; 

7. Pejabat Pos Seria; 

8. Pejabat Pos Tutong; dan 

9. Pejabat Pos Bangar. 


Untuk keterangan lanjut, penggemar-penggemar koleksi setem dan orang ramai bolehlah terus menghubungi Unit Pemasaran, Filateli dan Perhubungan Awam di talian 729 1679 atau 222 2191 dan emel ke brustamp@post.gov.bn, atau melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Pos di www.post.gov.bn dan laman Instagram Jabatan Perkhidmatan Pos @post_brunei.

Shoas poster.jpg

1 page.PNG

2 page.PNG

3 page.PNG

4 page.PNG

5 page.PNG

6 page.PNG

7 page.PNG

8 page.PNG

Attachments
Created at 23/09/2021 11:46 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 23/09/2021 12:23 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni