Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 09 Oktober 2021 - Majlis Membaca Yaasin, Tahlil, Doa Kesyukuran Dan Doa Perlindungan Daripada Wabak Covid-19 Sempena Hari Pos Sedunia 2021

9 Oktober 2021

World Post Day 2021 Theme: "Innovate To Recover"

 

Bersempena dengan Hari Pos Sedunia 2021, Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Majlis Membaca Yaasin, Tahlil, Doa Kesyukuran dan Doa Perlindungan serta Doa Peliharakan Sultan Daripada Wabak COVID-19. Majlis diadakan secara maya (virtual).

Hadir di majlis tersebut secara maya ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

WPD2021 Keagamaan.jpeg

Turut hadir di majlis secara maya berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohammad Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Awang Haji Salihin bin Haji Aspar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Awang Haji Aminuddin bin Haji Mohd Taib, Pemangku Ketua Pos Agung selaku Pengerusi Majlis, Ketua-Ketua Eksekutif, Pengarah-Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta pihak-pihak berkuasa dibawahnya.

WPD2021 Keagamaan 1.jpeg

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, diikuti dengan membaca Surah Yasin, Tahlil, Doa Kesyukuran, Doa bagi melindungi daripada wabak Covid-19 serta diselajurkan dengan Doa Peliharakan Sultan yang di pimpin oleh Yang Mulia Imam Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas.

Hari Pos Sedunia merupakan acara yang disambut di seluruh dunia pada setiap tahun. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada kepentingan bagi warga pos di seluruh dunia. Tahun ini, tema sambutan Hari Pos Sedunia ialah "Innovate To Recover"- tema ini menekankan kepentingan innovasi perkhidmatan pos dalam membantu dunia semasa menghadapi situasi pandemik COVID-19.

 


Disediakan oleh:

Jabatan Perkhidmatan Pos,

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi


Attachments
Created at 10/10/2021 10:45 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 10/10/2021 10:45 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni