Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Teks Ucapan Yang Mulia Awang Mohd Riza Bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan

TEKS UCAPAN

 

YANG MULIA AWANG MOHD RIZA BIN DATO PADUKA HAJI MOHD YUNOS

TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

SEMASA

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PESERTA-PESERTA FORUM MINGGU KESELAMATAN

 KEMENTERIAN PERHUBUNGAN 2014

 

26 SYAABAN 1435H / 24 JUN 2014M,

2.30 PETANG

 

DEWAN AMAR PAHLAWAN,

BANGUNAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

 

 

 

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdullilahi Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen, Saidina Muhammadin Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama'een.

 

Yang Mulia Pengiran Adnan bin Pengiran Badaruddin,

Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Perhubungan selaku Pengerusi Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan Kementerian Perhubungan

 

Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai, Jemputan-Jemputan Khas serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

1. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, yang telah mengizinkan kita berkumpul lagi pada petang ini di Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kepada Peserta-Peserta Forum berikutan Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan Kementerian Perhubungan Tahun 2014 pada hari Sabtu yang lalu.

 

2. Tanpa berpanjang lebar, memadailah bagi kita di majlis ini merujuk semula kepada perkara-perkara utama yang disarankan oleh Yang Berhormat Pehin dalam mengangkat kepentingan keselamatan dalam konteks Kementerian ini khasnya dan secara keseluruhan amnya.

 

3. Dari perspektif makro iaitu keselamatan sebagai strategi teras dalam Perancangan Strategik Kementerian Perhubungan 2008-2017 yang dilaratkan kepada semua sektor pengangkutan dan perhubungan, kita telah diperingatkan betapa pentingnya keselamatan ditempat kerja dan kehidupan seharian. Dalam usaha mencapai tahap keselamatan yang tinggi melalui kompliance kepada piawaian dan tandaaras antarabangsa, maka disinilah keperluan untuk membudayakan keselamatan sebagai satu amalan dalam kerja dan kehidupan seharian.

 

4.  Di sini adalah penting bagi kita menyedari bahawa mematuhi dan memenuhi keperluan keselamatan dan sekuriti menyumbang secara langsung kepada kecekapan dan seterusnya kepada peningkatan produktiviti dan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Faktor-faktor inilah yang memperlihatkan perimustahaknya keselamatan dalam mewujudkan persekitaran kerja dan bisnes yang sesuai kearah pembangunan negara dan juga penarikan pelaburan ke negara ini.

 

5. Alhamdulillah, forum ini merupakan satu "milestone" dalam usaha untuk menerapkan keselamatan sebagai satu amalan dan budaya. Saya mengucapkan syabas kepada penganjur usaha ini dan juga kepada semua peserta forum yang telah menimbal ilmu selama tiga hari dengan harapan ini merupakan langkah pertama dalam usaha berterusan Kementerian ini mencapai matlamat keselamatan kearah peningkatan produktiviti dan keberkesanan yang lebih tinggi secara menyeluruh.

 

6. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh dan terima kasih.

Attachments
Created at 05/12/2015 11:22 AM by Siti Hawa binti Aboo Samah
Last modified at 05/12/2015 11:22 AM by Siti Hawa binti Aboo Samah