Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Majlis Pembukaan Rasmi Perkhemahan Sains Kebangsaan Base Cyber Wizard Kali Ke-21 Bagi Tahun 2013

Bismillahir Rahmaan Nirrahim

Alhamdullilahi Rabbil Alameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Ashrafil Anbia’e Walmursaleen Sayyidina Muhammadin Wa’ala Alihie Wasahbihie Ajma’een

Yang Mulia Awang Md Hasrul bin Haji Jaafar.

Yang Mulia Dayang Faezah binti Haji Idris Pengerusi Bersama Perkhemahan Sains Kebangsaan BASE Cyber Wizards Camp Kali ke-21

Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Md Ali Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan

Yang Mulia Haji Yahkup bin Menudin Ketua Ekskutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI)

Yang Mulia Awang Haji Mat Dani bin Haji Abu Bakar Presiden Persatuan Pendidikan Sains Brunei BASE

Yang Mulia Dayang Hajah Norinah bte Haji Mokim Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Husain

Ahli-Ahli Jawatankuasa, Guru-Guru dan khususnya Pelajar-Pelajar yang menyertai perkhemahan BASE,

Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan AITI,

Dan tidak lupa Para Perwakilan dari Syarikat Minyak Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd.

Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Petang and very good morning.

1. Alhamdulilah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanallah Wata’ala kerana di atas limpah, rahmat dan izin Nya jua kita dapat berkumpul pada petang ini di Majlis Pembukaan Rasmi Perkhemahan Kebangsaan Sains BASE Cyber Wizards Camp kali ke-21 bagi tahun 2013.

2. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat dan para sahabat serta pengikut-pengikut baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir hayat baginda.

3. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Pendidikan Sains Brunei (BASE) dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) kerana berkesudian mengundang saya menjadi tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Perkhemahan Kebangsaan Sains BASE Cyber Wizards Camp kali ke-21 ini.

4. Saya juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada BASE kerana sebagai satu persatuan sukarela, ahli-ahlinya telah dapat mengungkayahkan aktiviti perkhemahan tahunan sejak penubuhannya dalam tahun 1978.

Hadirin dan hadirat sekalian,

5. Pada tahun ini, BASE bergabung tenaga dengan AITI sekali lagi bagi mengungkayahkan program-program yang menyelitkan ICT dalam pendidikan sains sepanjang perkhemahan ini. Jika pada tahun lalu, kita telah menyaksikan program pembangunan animasi video di dalam BASE Cyber Kids Camp 2012 --- pada tahun ini pula, saya difahamkan bahawa program ICT akan bertumpu kepada pertandingan pembangunan aplikasi telefon bimbit ataupun mobile apps development.

6. Selaras dengan tema ‘Inspiring Science Education using ICT”, aktiviti membangunkan aplikasi telefon bimbit ini sangat bertepatan bagi memberikan para penuntut peluang menerokai kreativiti dan imaginasi serta menyuntik minat penuntut kepada jurusan bidang ICT.

7. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengongsikan beberapa pandangan dan hasrat saya sehubungan dengan BASE 2013 tahun ini. Saya juga ingin mengongsikan beberapa perkembangan dan isu-isu dari perspektif Kementerian Perhubungan yang saya fikir sangat relevan kepada majlis kita pada petang ini.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

8. Mula-mula, saya ingin memberi sedikit gamabaran diperingkat dasar atau the Big Policy Picture (Peringkat Dasar yang tertinggi). Ada dua (2) komponen besar yang saya maksudkan iaitu – Pertama: aspirasi Wawasan 2035 negara kita untuk mencapai kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi antara lainnya; dan Kedua: Visi Kementerian Perhubungan untuk membentuk masyarakat yang digelar Masyarakat Pintar atau Smart Society menjelang tahun 2017. Dalam hal ini, Kerajaan melalui Kementerian Perhubungan dan AITI berperanan besar dalam memperkasakan penggunaan teknologi info-komunikasi, dan multimedia di negara ini.

9. Kerajaan sangatlah komited untuk menggalakkan pambangunan ICT sebagai teknologi strategik untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Kementerian Perhubungan melalui pihak-pihak yang tertentu sedang giat melaksanakan projek “Fibre-to-the-Home” ataupun FTTH, yang bertujuan untuk meningkatkan taraf dan quality perkhidmatan jalur lebar broadband internet di Negara Brunei Darussalam bagi menjana pertumbuhan  sosio-ekonomi dan daya saing Negara – ataupun lebih dikenali National Competitiveness.

10. Dengan adanya infrastruktur berkelajuan tinggi seumpama ini, inisiatif tersebut adalah bagi mendukong hasrat Kementerian Perhubungan untuk mencapai sebuah Masyarakat Pintar atau Smart Society yang saya sebutkan tadi.

11. Perkara kedua yang saya ingin kongsikan ialah apa hubunngkait BASE dengan Smart Society yang dihasratkan tadi? Apa yang dimaksudkan dengan Smart Society? Secara ringkasnya ianya adalah sebuah masyarakat di semua peringkat umor – tua-muda yang berkebolehan, berpengetahuan, dan berkemampuan untuk menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam menjalankan kerja-kerja harian, kehidupan, pembelian, permainan – mengikut arus perkembangan teknologi terkini (using technology to enhance the way we work, play and live everyday).

12. Sebagai contoh – ialah pengalaman saya sendiri. Pada tahun 1986, masa itu saya sendiri sebagai seorang penuntut telah menyertai pertandingan BASE. Pada masa itu, cuba kita bayangkan macam mana peserta-peserta seperti saya pada tahun 1986 tersebut mencari bahan-bahan penyelidikan tanpa adanya Internet dan apa jua cara lain seperti sosial media seperti Whatsapp, Twitter, Instagram yang sudah lumrah kita pakai pada hari ini?

13. Memang kerja-kerja dulu akan mengambil masa yang lebih panjang – tetapi apa yang saya fikir tetap ada pada masa itu adalah kreativiti dan innovasi – tetapi memanglah saya rasa dihasilkan dalam masa yang lebih lama berbanding dengan hari ini.

14. Oleh yang demikian, saya berharap melalui pengenalan dan penggunaan elemen ICT di dalam menghasilkan mobile apps ini, para peserta perkhemahan akan dapat menghargai bagaiman ICT boleh membantu dalam rekabentuk dan ciptaan inovatif. Saya penuh berharap inisiatif seumpama ini akan seterusnya menjana minat untuk menghasilkan aplikasi-aplikasi dan kandungan tempatan untuk negara ini.

Hadirin dan hadirat sekalian

15. Perkara ketiga yang ingin saya sampaikan ialah seranan saya kepada semua para peserta (to all participating students) dalam Mengambil Peluang Perkhemahan BASE ini sebagai manfaat bagi persediaan individu dalam perkembangan diri (self development), haluan kerjaya (career development or career path) dan seterusnya dalam menyumbangkan kepada Ekonomi dan Negara secara amnya.

16. Sebagai contoh, dalam teknologi tanpa wayar (wireless technology), kita telah melihat pertumbuhan pesat pasaran telefon bimbit atau mobile telephony di negara ini sejak beberapa tahun yang lalu. Sejak rangkaian 3G (Third Generation Network) di perkenalkan ke negara ini pada tahun 2005, kita kini dapat melihat telefon bimbit menjadi satu keperluan gaya hidup dengan semakin meningkatnya penggunaan seperti smart phones dan tablet. Mula-mula mobile phones keluar dahulu, ianya dianggap satu luxury item ( satu kemewahan), tetapi sejak sepuluh (10) ke lima belas (15) hadapan hingga hari ini, nampaknya ianya telah menjadi necessity (keperluan asas).

17. Menurut perangkaan Mobilestatistics.com, pada tahun 2012, sebanyak 30 juta apps telah dimuat turun bagi iPhone, 15 juta bagi Android dan 2 juta bagi Blackberry. Saya berharap sebahagian kecil daripada jutaan appds ini nanti adalah terdiri daripada aplikasi yang dihasilkan oleh kalangan individu tempatan.

18. Dan seperti yang saya katakan tadi, dengan peningkatan phones, smart phones dan tablets di negara ini, penggunaan gadgets canggih ini setentunya membuka banyak peluang bagi penciptaan kandungan serta mobile apps untuk pelbagai aplikasi-aplikasi termasuklah pembelajaran, sosial dan perniagaan.

19. Saya percaya hasrat ini akan tercapai dengan adanya lebih banyak lagi inisiatif dilaksanakan oleh pihak-pihak yang tertentu di dalam mengembangkan inovasi bagi pasaran aplikasi mobile tempatan. Harapan saya ini termasuklah melaratkan elemen ICT seperti pembangunan kandungan (content development) dalam kurikulum akademik.

20. Saya juga penuh berharap dengan adanya pertandingan mobile apps development dalam perkhemahan BASE ini nanti, ianya akan menjadi titik permulaan bagi membukan minda para penuntut kearah penghasilan berbagai jenis apps, baik bagi tujuan pembelajaran maupun komersil. Dengan usaha sedemikian, adalah munasabah bagi para peserta menjadikan bidang content dan apps developer sebagai kerjaya atau profession dan bidang perniagaan mereka satu hari nanti

21. Di kesempatan ini izinkan saya berkongsi mengenai dengan BICTA iaitu Brunei ICT Awards yang merupakan inisiatif Kementerian Perhubungan bersama AITI untuk mempertingkatkan san mengembangkan produk ICT tempatan.

22. Dalam hal ini, saya mengalu-alukan penyertaan penuntut dari sekolah-sekolah menengah bagi mengikuti pertandingan ICT yang berprestij ini bagi memupuk dan menyuntik bakat kreativiti dan inovasi di kalangan belia negara kita. Kita boleh ikut berbanggandengan kemunculan pengusaha-pengusaha ICT tempatan termasuklan dari kalangan apps developers  yang telah menyertai pertandingan tersebut, telah dapat mengetengahkan produk ICT mereka bukan sahaja pasaran tempatan tapi juga di arena antarabangsa seperti syarikat-syarikat Infindo, MeSixty dan PHMD Publishings, antara lainnya.

23. Seterusnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah menengah yang telah menghantar penuntut-penuntut masing-masing untuk menyertai perkhemahan ini dan berharap akan lebih banyak penyertaan lagi dimasa-masa akan datang.

24. Akhir sekali saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Presiden dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja BASE dalam menjayakan Perkhemahan Kebangsaan Sains BASE Cyber Wizards Camp Kali Ke-21 pada tahun ini dengan lancer dan sempurna. Saya berharap agar Perkhemahan seumpama ini akan dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi di masa yang akan datang. Kepada para peserta Perkhemahan semua, saya ucapkan “Semoga Berjaya!”

Dengan kalimah BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM dan bertawakkal kepada Allah SWT, saya dangan penuh sukacita merasmikan Perkhemahan Kebangsaan Sains, BASE National Cyber Wizard Camp, Kali Ke-21 bagi tahun 1434 Hijrah bersamaan tahun 2013 Masehi ini.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wasalmualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Attachments
Created at 05/12/2015 11:23 AM by Siti Hawa binti Aboo Samah
Last modified at 05/12/2015 11:23 AM by Siti Hawa binti Aboo Samah