Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Penandatanganan Master Contract EG Bandwidth Services (EGBS) Project


Teks Ucapan Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin POKSSDP Haji Mohd Yusof,
Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan

Pada hari Isnin, 30 Rabiulakhir 1432H/04 April 2011
Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan

 


Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan
Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (IT & E-KERAJAAN) di Jabatan Perdana Menteri, ketua-ketua jabatan, CIOs, CTOs pegawai-pegawai kanan, hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdullillah, pada petang ini kita dapat hadir bersama-sama bagi menyaksikan majlis penandatanganan Master Contract for “The Supply, Delivery, Installation, Development, Testing and Commissioning of EG Bandwidth Services (EGBS) Inter-Connectivity for All Ministries and Their Departments Under Brunei Darussalam’s E-Government Initiative” antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Perhubungan dan Telekom Brunei Berhad.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tetamu Kehormat kita pada petang ini, Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, kerana sudi meluangkan masa untuk hadir pada petang ini bagi menyaksikan penandatanganan perjanjian  tersebut.

Bersesuaian jua di majlis penandatanganan Master Contract ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengongsikan bersama 2 perkara penting pada petang ini.

Pertama - Saya ingin memberi sedikit gambaran mengapa sebanarnya Master Contract ini sangat-sangat perlu diadakan? – simply said – saya bacakan disini - TelBru is providing exclusive network known as Government Private Network (GPN) using E-Government Bandwidth Services (EGBS) strictly connecting all the ministries and departments.

The Ministry of Communications acts as a lead agency to coordinate, review and approve all applications for EGBS from government agencies. The signed agreement will provide a framework to govern the on-going relationship between the Government and TelBru that facilitates the provision of EGBS to all ministries and their respective departments.

Dari sini, kita dapat memahami bahawa pihak TELBRU adalah penyedia eksklusif bagi perkhidmatan jalurlebar broadband melalui E-Government Bandwidth Services (EGBS) kepada semua Kementerian dan jabatan-jabatan dibawahnya  dan Kementerian Perhubungan adalah ‘custodian’ kepada EGBS Master Agreement.  Melalui perjanjian tersebut, pihak Kerajaan akan dapat memantapkan lagi pengurusan dan pengagihan bandwidth yang optimum dan seterusnya memastikan Quality of Services (QOS) dalam penyediaan perkhidmatan tersebut.  Saya percaya ini adalah satu-satunya cara yang terbaik dan teratur bagi memastikan assurance in QOS dalam penyediaan perkhidmatan jalurlebar broadband ke semua agensi-agensi Kerajaan melalui EGBS.  Ini secara langsung akan mendukong apa jua yang dihasratkan dalam Pelan Strategik E-Kerajaan 2009-2014 dimana perlunya ada infrastruktur ICT yang kukuh, safe dan reliable dalam pelaksanaan inisiatif E-Kerajaan yang effisen lagi effektif di negara ini, InsyaAllah.

Alhamdullillah cabaran dan rintangan dalam pelaksanaan inisiatif ini telah sedikit sebanyak dapat di tangani melalui kerjasama serta usaha berterusan dari semua pihak yang berkenaan.  Antara tindakan immediate oleh Kementerian ini adalah dengan membuat satu operational restructuring pada akhir tahun 2010 yang melibatkan penaiktarafan peringkat dan kepakaran pegawai yang khusus dipertanggungjawabkan dalam pengurusan dan penyelarasan EGBS dengan kerjasama pihak TELBRU. Sehubungan itu, Alhamdullillah salah satu KPI Kementerian ini iaitu sasaran untuk menandatangan Master Contract dalam pengurusan EGBS pada suku pertama 2011 adalah dengan ini tercapai.  Terima kasih saya ucapkan kepada Pegawai Pegawai di Pejabat CIO Kementerian Perhubungan, pihak EGNC, pihak Peguam Negara dan kerjasama dari pihak TELBRU bagi mencapai KPI ini.

Kedua - Saya ingin menyentuh beberapa ‘desired outcomes’ dari penandatanganan Master Contract ini.

Desired Outcome 1 - saya penuh berharap dengan adanya Service Level Specification dibawah Master Contract ini nanti, insyaAllah isu-isu ‘connectivity’ akan dapat ditangani dengan lebih mantap lagi. In other words, managed accountability and services quality assurance.

Desired Outcome 2 - saya penuh berharap demand in support and services bagi kesemua agensi-agensi Kerajaan melalui projek ini adalah dapat dipenuhi antara lainnya  seperti:
• Pengagihan permohonan bandwidth selaju 64 Kbps up to 100 Mbps.
• Penyediaan efficient, effective and secure e-Government connectivity implementation with service availability of at least 99.9%! dan
• Penyediaan 24x7 network monitoring around the clock bagi semua applikasi EGBS  (Perkara-perkara ini adalah apa yang saya dapati mengikut best practices yang ada pada masa ini bagi negara-negara yang maju dalam perkembangan ICT seperti negara-negara di Eropah, Korea, Jepun, Australia dan negara-negara jiran seperti Singapura dan Malaysia)

Desired Outcome 3 adalah bagi Kementerian Perhubungan untuk melaksanakan beberapa KPI lanjutan dalam pengurusan EGBS yang lebih berkesan. InsyaAllah dalam KPI jangkamasa panjang satu model pengurusan yang lebih sustainable sedang dirunding bersama antara pihak Kementerian Perhubungan dan pihak EGNC secara berterusan bagi sama-sama memikirkan ‘way forward’ dalam mencapai hasrat berkenaan.

Akhir kata, ribuan terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada Tetamu Kehormat kita pada petang ini, Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan. Ucapan penghargaan juga saya ajukan kepada pihak TELBRU, Pejabat Peguam Negara, pihak EGNC, CIO dan CTO serta pegawai-pegawai di Kementerian Perhubungan yang telah betungkus lumus mengungkayahkan Master Contract ini, dan terima kasih juga turut diucapkan kepada pihak Media dan semua yang turut hadir pada majlis petang ini.

Sekian terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Attachments
Created at 05/12/2015 11:29 AM by Siti Hawa binti Aboo Samah
Last modified at 05/12/2015 11:29 AM by Siti Hawa binti Aboo Samah