Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Teks Ucapan Yang Berhormat Menteri Perhubungan Bagi Majlis Sambutan Hari Penerbangan Awam 2015 Pada Hari Isnin, 7hb Disember 2015, Dewan Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

ALHAMDULILLAH HI RABBIL 'ALAMEEN WASSALTU WASSALMU 'ALA ASYRAFIL AMBIYAA IWAL MURSALEEN.  SAYYIDINA MUHAMMADIN WA'ALA AALIHI WASAHBIHI AJMA'EEN.

Yang Mulia, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad,

Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan

 
Yang Mulia, Awang Mohammad Nazri bin Mohammad Yusof,

Pemangku Pengarah Penerbangan Awam

 
Timbalan Pengerusi Syarikat Penerbangan Royal Brunei

Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai, Perwakilan daripada sektor swasta, hadirin dan hadirat sekalian,

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera,​

1.  Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi dapat mengadakan sambutan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa 2015, sebagai meraikan peranan dan sumbangan Penerbangan Awam dalam arus pembangunan negara dan kesejahteraan seluruh warga dunia sejagat.

2. Tepat sekali sambutan ini kita turut adakan di Negara Brunei Darussalam, kerana perkhidmatan Penerbangan Awam, tidak syak lagi, telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan rakyat dan penduduk di Negara ini, baik dari aspek sosial, ekonomi dan hubungan antarabangsa.

3. Yang paling ketara ialah hubungan dan pergolakan antara sesebuah negara juga terus dinamik dengan pertumbuhan rangkaian perkhidmatan penerbangan awam antarabangsa atau air connectivity yang turut membawa negara-negara dunia ke era globalisasi dengan pertalian sosial, ekonomi dan politik yang sepadu atau integrated.

4. Kemanfaatan, atau outcome dari sumbangan penerbangan awam ialah suasana serantau dan antarabangsa yang aman, selamat dan sejahtera. Saya rasa, dengan perkembangan teknologi yang cepat, suasana ini akan terus berkembang sehingga ketahap dimana hubungan antara negara menjadi seamless  tanpa sempadan menjadi 'borderless communication'.

5. Berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung ICAO, sektor penerbangan kini menyumbang kepada 3.5% dari GDP global, iaitu sebanyak USD$2.4trillion.  Selain itu, sektor penerbangan ini turut mendokong sebanyak 58.1juta pekerjaan diseluruh dunia. 

6. Sistem pengangkutan dan perhubungan yang efficient, reliable dan affordable, adalah penting demi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan economic resilience and economic competitiveness.

7. Mengikut kajian, sistem Perhubungan dan Pengangkutan Awam yang efficient atau cekap, reliable - tepat pada masanya, serta affordable, akan meluaskan lagi peluang-peluang perniagaan dan pelaburan dari mana-mana pihak dan pada keseluruhannya mengembangkan lagi ruang ekonomi atau creating economic space bagi negara kita. Disamping itu pengangkutan dan perhubungan juga dapat meningkatkan pelancongan melalui langkah sepadu dari agensi-agensi berkenaan.  Ini bermakna akan membuka lagi peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan dan mempelbagaikan teknologi demi meningkatkan keselesaan dan keselamatan.

8. Atas tujuan ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Kementerian Perhubungan akan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan Perkhidmatan Pengangkutan dan Perhubungan, sebagai 'Public Goods' yang terpenting khususnya melalui Penerbangan Awam, Pengangkutan Awam seperti teksi dan bas, Perkapalan, Post dan Telecommunication dan Cyber.

9. Antara kaedah yang dipertimbangkan ialah penglibatan Kerajaan dalam sektor tersebut, terutama dari pembentukan dasar awam, regulation, economic atau revenue management dan sustainability dengan matlamat untuk mencapai objectif yang disebutkan tadi.

10. Yang kedua ialah menggalakkan Kerjasama dengan Pihak Swasta melalui Private Public Partnership yang berasaskan kepada tanggungjawab dan faedah jangka panjang.

11. Antara yang menjadi sasaran utama dalam perancangan ini ialah bidang Pengangkutan Awam dimana kita perlu menimbangkan two-pronged approach iaitu mengawal pertumbuhan kenderaan dan meningkatkan Perkhidmatan Pengangkutan awam seperti bas dan teksi.

12. Pertumbuhan kereta persendirian telah meningkat lebih dari 8 peratus setahun dan ini telah melebihi peratus pertumbuhan penduduk setiap tahun.

13. Sebagai langkah awal, kita perlu mengadakan kempen pendidikan sebagai perubahan minda, bahawa kereta bukanlah satu asset pelaburan malah akan menjadi satu liability atau tanggongan.

14. Begitu juga halnya dengan Perkhidmatan Pengangkutan Awam, dimana cabaran untuk meningkatkan bas dan teksi adalah systemic dan begitu mencabar.

15. Antara perkara yang ketara dalam sektor Pengangkutan Awam, ialah jurang ekonomi atau ketidak seimbangan dalam peluang perniagaan. Ada bahagian laluan bas dan teksi yang menguntungkan sementara ada juga bahagian laluan yang tidak mendatangkan hasil sama sekali.

16. Penglibatan Kerajaan dalam hal ini, ialah untuk melahirkan dasar komprehensif membentuk business model yang menseimbangkan keadaan untuk melahirkan perkhidmatan yang sama rata dengan tujuan menggalakkan pelaburan dari pihak swasta dan meningkatkan penyertaan dari pihak penyelia perkhidmatan bas dan teksi.

17. Disamping itu, tanggungjawab dan kerjasama dari semua pihak, terutama pengendali bas dan teksi, adalah berasaskan kepada mendahulukan kepentingan Negara untuk mencapai win-win situation dan membentuk business model seperti yang terdapat ditempat lain.

18. Jabatan Pengangkutan Darat juga dalam masa terdekat akan melancarkan kaedah 'outsourcing' dalam perkhidmatan Vehicle Inspection kepada bengkel bengkel yang layak yang mempunyai excess capacity dalam rangka Public and Private Partnership.

19. Kita ingin melihat tanggungjawab daripada pihak pembekal kereta tidak terhad kepada mencari peluang perniagaan sahaja tetapi menjamin roadworthiness setiap kenderaan sepanjang hayat atau through-life, untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terutama dalam penjualan kereta-kereta terpakai.

20. Dalam bidang perkapalan dan perkhidmatan Pelabuhan, Kementerian Perhubungan akan menimbangkan pendekatan atau kaedah-kaedah yang lebih baik untuk meningkatkan perkhidmatan perkapalan dan pelabuhan (port), khususnya peluang-peluang trans-shipment yang ternyata sudah terbuka luas dinegara ini.

21. Dari segi Penerbangan Awam, Alhamdulillah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperuntukkan hampir $165 juta untuk permodenan Lapangan Antarabangsa Negara Brunei Darussalam.

22. Teknologi penerbangan terus berkembang menjadikan penerbangan lebih selesa, cost-effective, dan selamat. Teknologi juga memainkan peranan penting untuk memudahcara dalam pengurusan udara penerbangan awam.

23. Kearah ini, Kerajaan KDYMM telah memperuntukkan sebanyak $27.7 juta bagi peningkatan Air Traffic Control dengan pemasangan sistem Communication Navigation Surveillence / Air Traffic Management yang baru yang akan siap pada tahun depan.

24. Pada bulan November 2014, Jabatan Penerbangan Awam dan Civil Aviation Authority International (CAAi) Limited, United Kingdom telah menandatangani satu perjanjian, iaitu Framework Agreement on Aviation Regulatory Advisory Services Project. 

25. Dibawah projek ini, Jabatan Penerbangan Awam akan bekerjasama rapat dengan CAAi UK agar Negara Brunei Darussalam dapat memenuhi kewajipan didalam Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, yang dikenali sebagai Chicago Convention.  

26. Dengan 16 cabang tugas dibawah projek ini, perkara-perkara penting dalam penerbangan akan ditangani.  Antaranya adalah seperti perundangan, peraturan, proses dan prosedur serta keperluan latihan. Selain itu, projek ini juga turut mengandungi cabang tugas dalam aktiviti penerbangan yang lain seperti operasi penerbangan, kelayakan terbang (airworthiness), keselamatan (security) aerodrome dan penyiasatan kemalangan udara. 

27. Pelaksanaan projek ini dijangka akan menghasilkan beberapa deliverable, seperti pengisytiharan Perintah Penerbangan Awam yang baharu dan peraturan-peraturan yang berkaitan.  Sebanyak 19 Peraturan akan dihasilkan, yang bertepatan dengan 19 Annexes dibawah Chicago Convention

28. Setelah projek ini selesai nanti, kita berhasrat untuk mencapai kadar pelaksanaan efektif (Effective Implementation rate) bagi ICAO Universal Safety Oversight Audit Programme (USOAP) dan Universal Security Audit Programme (USAP) sebanyak 80% pada tahun 2017 dan 100% pada tahun 2020. 

29. Segala usaha yang diambil oleh Jabatan Penerbangan Awam ketika ini adalah selaras dengan Tema Hari Penerbangan Awam bagi tahun 2015 hingga 2018, iaitu "Working Together to Ensure No Country is Left Behind". Berkerjasama Memastikan Tiada Negara yang Ketinggalan.

30. Tema ini mengetengahkan kempen yang diterajui oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organisation – ICAO), untuk menangani kebimbangan keselamatan yang signifikan dan perbezaan yang didapati dikalangan Negara-negara ahli dalam melaksanakan Piawaian dan Amalan-amalan  ICAO (ICAO Standards and Recommended Practices – SARPs). 

31. Kempen NCLB yang dilancarkan pada penghujung tahun 2014 ini, diperkenalkan tepat pada masanya iaitu ketika impak sosial dan ekonomi dari sektor penerbangan menjadi semakin ketara.

32. Negara Brunei Darussalam sangat mengalu-alukan inisiatif ini.  Ianya adalah selaras dengan keutamaan yang kita berikan kepada isu keselamatan, khususnya dalam memenuhi kewajipan dibawah Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (Safety and Security Oversight).

33. Alhamdulillah, Sambutan Hari Penerbangan Awam 2015 ini dapat diadakan di Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.  Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat transformasi bangunan terminal dan kemudahan lapangan terbang.  Ianya kini lebih terbuka, moden dan mudah digunakan oleh orang ramai. 

34. Projek permodenan lapangan terbang harus diteruskan, dengan memfokus kepada 'process dan softwares' dimana kita harus peka dan proaktif terhadap keperluan pengguna, dan feedback daripada pengunjung dan pelawat, terutama mengenai jurang-jurang yang masih ada dalam memberi maklumat dan kemudahan kepada mereka yang melancung kenegara ini.

35. Lapangan Terbang adalah barisan pertama dalam memperkenalkan khazanah budaya, adat resam, sejarah, dan pembangunan Negara. Kita juga sudah celik ICT tapi masih belum dimanfaatkan sebagai medium untuk menyalurkan maklumat informasi yang berkesan dan membentuk persepsi yang positif dari seseorang.

36. Kemudahan-kemudahan seperti pengeluaran wang, pengangkutan, telekommunikasi, tempat makan dan penginapan adalah keperluan yang paling asas bagi setiap pengunjung. Maklumat-maklumat mengenai semua perkara ini masih belum jelas walaupun kemudahan tersebut terdapat dipisuk-pisuk bangunan.

37. Hakikatnya kita masih berhadapan dengan kekeliruan dari pelawat-pelawat dari luar dan dalam negara, sehinggakan menjemput komen-komen yang kurang sedap didengar.

38. Bagi mengatasi semua ini, saya menyarankan Jabatan Penerbangan Awam memikul cabaran untuk memasuki World Ranking Airport dan menjadikan  Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebagai salah satu dari 100 lapangan terbang yang terbaik didunia, mengikut kriteria dan benchmarking yang telah disediakan oleh World Airport Survey.

39. Cabaran ini menghendaki kita mempunyai Strategi yang bukan sahaja berteraskan aeronautik tapi juga yang bukan aeronautic (non-aeronautical strategies) dan penyelidikan dan idea-idea yang innovatif dan proaktif.

40. Pada masa yang sama, pihak pengurusan lapangan terbang seluruh dunia kini melibatkan diri dalam Business Intelligence bagi meningkatkan keberkesanan strategi pemasaran dan seterusnya meluaskan pendapatan dari sumber non-aeronautics.  Sebagai contoh, kajian menunjukkan perniagaan runcit (retails) dan makan-minum (food & beverages) menyumbang sebanyak 31% kepada pendapatan non-aeronautics di seluruh dunia.  

41. Sehubungan ini, saya ingin menyarankan Jabatan Penerbangan Awam untuk lebih mengembangkan strategi pemasaran dan menjadikan Lapangan Terbang ini satu platform yang selesa dan mesra pelanggan dan bakal memberi pengalaman yang unik dan keBruneian.

42. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin berterima kasih kepada Jabatan Penerbangan Awam atas usaha berterusan mereka dalam mengetengahkan kepentingan sektor penerbangan menyumbang kepada perkembangan sosial dan ekonomi negara.

43. Setentunya, usaha ini tidak dapat dijalankan secara bersendirian.  Kita memerlukan sokongan dan penglibatan dari pihak-pihak yang berkepentingan bagi memastikan kedayatahanan sector penerbangan di Negara Brueni Darussalam. 

44. Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penerbangan Awam atas usaha mengadakan Sambutan Hari Penerbangan Awam 2015 dan terima kasih kepada ahli-ahi jawatankuasa yang terlibat atas komitmen mereka semua dan semoga usaha ini akan membuahkan hasil yang positif. WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Attachments
Created at 22/12/2015 10:58 AM by Hj Hady Ahmadi Hj Mohammad
Last modified at 22/12/2015 10:58 AM by Hj Hady Ahmadi Hj Mohammad