Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL, DOA KESYUKURAN DAN SEMBAHYANG FARDHU ASAR BERJEMAAH SEMPENA SAMBUTAN HARI POS SEDUNIA 2019

Rabu, 9 Oktober 2019 - Bersempena dengan Hari Pos Sedunia 2019, Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin, Tahlil, Doa Selamat dan seterusnya Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjong Bunut.

WhatsApp Image 2019-10-09 at 2.48.33 PM (1).jpeg

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

WhatsApp Image 2019-10-09 at 2.48.33 PM.jpeg

Tahun ini, tema sambutan Hari Pos Sedunia ialah 'Delivering Development' yang menggambarkan usaha berterusan sektor perkhidmatan pos untuk kekal relevan menghadapi perubahan dan perkembangan dunia.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohammad Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI); Yang Mulia Dr. Rosdi bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pos Agung; Ketua-Ketua Jabatan dan Pihak Berkuasa, Ketua-Ketua Bahagian dan pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

WhatsApp Image 2019-10-09 at 3.05.35 PM.jpeg

WhatsApp Image 2019-10-09 at 3.05.12 PM.jpeg

Di majlis tersebut Timbalan Ketua Pos Agung juga berkesudian menyampaikan sumbangan derma dan wakaf kepada Imam Masjid Ar-Rahman, Yang Mulia Awang Asbinin bin Haji Zainal.

WhatsApp Image 2019-10-09 at 6.17.50 PM.jpeg

Attachments
Created at 12/10/2019 09:48 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 12/10/2019 09:51 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni