Sempena Hari Pos Sedunia 2019, Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan kerjasama Bahagian Tabung Simpanan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kementerian Kesihatan telahpun mengendalikan Kempen Derma Darah bertempat di Ruang Legar Kaunter Pejabat Pos Pusat Memproses Mel Berakas (MPC) pada 22 Oktober 2019.
Orang ramai juga dialu-alukan untuk datang menderma darah bagi sesi pagi bermula pada pukul 9.00 hingga 11.00 pagi dan pada sesi petang bermula pada 2.00 hingga 4.00 petang.
Seramai 78 orang dari kalangan warga pos dan awam telah menderma darah pada hari tersebut. Disamping itu juga, setiap 50 penderma darah yang pertama akan menerima CABUTAN BERTUAH.