Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Status Perkembangan Pengambilan Paket-Paket Kecil Dan Bungkusan Di Poslaju Limbang Dan Poslaju Miri
Isnin, 27 April 2020 - Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai dengan status perkembangan pengambilan paket-paket kecil dan bungkusan yang terdapat di Poslaju Limbang dan juga di Poslaju Miri. 

Sehubungan itu, setakat ini pihak Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah pun menerima lebih dari 1,050 respon borang deklarasi pengambilan paket-paket kecil dan bungkusan melalui e-mel sejak 20 April 2020. Borang-borang ini sudah pun mulai diproses bagi pengumpulan data-data untuk diserahkan ke pihak Syarikat Pos Malaysia bagi proses selanjutnya.

Di samping itu, pihak Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin mengingatkan orang ramai yang belum mengisi borang deklarasi pengambilan paket-paket kecil dan bungkusan melalui Jabatan Perkhidmatan Pos supaya akan dapat melakukannya dengan segeranya jua di laman sesawang www.post.gov.bn/parcel tidak lewat 29 April 2020 jam 12:00 tengah hari.

Turut diperingatkan kepada orang ramai bahawa Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi hanya akan mengambil paket-paket kecil dan bungkusan yang telah dialamatkan ke PosLaju Limbang dan PosLaju Miri dan ini juga tertakluk kepada ketepatan data-data yang diberikan oleh orang ramai.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC) di talian +673 238 0481 atau +673 8711002 (Whatsapp) atau emel cscpost@post.gov.bn.
 

Disediakan oleh:

Jabatan Perkhidmatan Pos
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam
Attachments
Created at 29/04/2020 12:13 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 29/04/2020 12:55 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni