Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB, SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI POS SEDUNIA 2020

Sabtu, 10 Oktober 2020 - Bersempena dengan Hari Pos Sedunia 2020, Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Majlis Sembahyang Fardhu Maghrib, Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Kesyukuran. Majlis diadakan di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. 

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

image31.jpeg

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohammad Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Ketua-Ketua Jabatan dan Pemangku-Pemangku Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa, Ketua-Ketua Bahagian dan Pegawai-Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

image35.jpeg

image39.jpeg

Tahun ini, tema sambutan Hari Pos Sedunia ialah "More Than Mail" - adalah bertepatan dengan objektif strategik utama Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union) bagi innovasi, integrasi dan inklusif (inclusion) bagi semua penguna-penguna Perkhidmatan Pos di seluruh dunia. Ini adalah bagi mengurangkan jurangan bagi akses kepada perkhidmatan yang penting bagi komunikasi untuk semua.

image20.jpeg

image60.jpeg

image14.jpeg

Majlis ini telah diadakan dengan mengambil langkah-langkah pengawalan wabak covid-19 yang masih dikuatkuasakan mengikut nasihat dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

hps theme.png

Attachments
Created at 11/10/2020 12:20 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 11/10/2020 12:46 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni