26 SAFAR 1442 / 14 OKTOBER 2020 - Jabatan Perkhidmatan Pos dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal telah mengelolakan Kempen Derma Darah yang berlangsung di Tingkat 1, Bilik Latihan Arifah, Pejabat Pos Pusat Memproses Mel, Berakas (MPC).

Pemangku Ketua Pos Agung memberikan cenderahati kepada salah seorang menderma darah
Kempen tersebut adalah satu inisiatif Jabatan Perkhidmatan Pos bagi menggalakkan pegawai-pegawai dan kakitangannya untuk beramal dan berbakti kepada masyarakat umum selain dari menjalankan tugas-tugas rasmi. Ianya juga adalah merupakan salah satu aktibiti yang dirancang Sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2020.
.jpeg)

.jpeg)
Kempen ini diharap dapat untuk membantu menambah simpanan tabung darah bagi keperluan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan seterusnya untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.
.jpeg)

Dengan adanya kempen ini dijalankan, ianya juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah, menanam sifat keperihatinan terhadap penderitaan insan yang lain dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

