Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

20 OKTOBER 2020 KELUARAN SAMPUL SURAT RASMI HARI PERTAMA DAN SETEM TEMATIK – KERETA BOMBA SEMPENA ULANG TAHUN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KE 60 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Hari Selasa, 20 Oktober 2020 - Jabatan Perkhidmatan Pos Negara Brunei Darussalam mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan Setem Tematik – Kereta Bomba sempena Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat yang Ke - 60 Tahun.

WhatsApp Image 2020-10-21 at 3.23.18 PM.jpeg

Pengeluaran Setem Tematik Bomba ini adalah atas inisiatif Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai usaha untuk lebih menarik minat dikalangan peminat dan pengumpul setem tematik dari dalam dan luar negeri. Setem Tematik Kereta Bomba sempena Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-60 Tahun in juga mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama yang dijual pada harga 45 sen.

WhatsApp Image 2020-10-21 at 3.23.18 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2020-10-21 at 3.23.16 PM (1).jpeg

Seterusnya, set lengkap Sampul Surat Rasmi Hari Pertama ini akam dijual pada harga $1.05 dengan menyertakan setem-setem berikut:

20 sen bagi sekeping Setem Tangga Tender Air keluaran tahun 1980an;
10 sen bagi sekeping Setem Tender Penyelamat keluaran tahun 1988;
20 sen bagi sekeping Setem Tangga Meja Putar keluaran tahun 2002;
10 sen bagi sekeping Setem Tangga Tender Air keluaran tahun 2015;
WhatsApp Image 2020-10-21 at 3.23.15 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2020-10-21 at 3.23.15 PM.jpeg

Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan Setem Tematik ini dijual kepada orang ramai bermula pada Hari Selasa 20 Oktober 2020 dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang secara berterusan, di cawangan pejabat-pejabat pos seluruh Negara Brunei Darussalam. 

Untuk keterangan lanjut bolehlah terus menghubungi Unit Pemasaran dan Filateli di talian +673 729 1679 atau +673 222 2191 dan email ke brustamp@post.gov.bn.

Attachments
Created at 21/10/2020 03:39 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 21/10/2020 03:39 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni