Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA KE JABATAN PERKHIDMATAN POS DI CAWANGAN PEJABAT POS PUSAT MEMPROSES MEL, LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS

Isnin, 6 Jamadilawal / 21hb Disember 2020 – Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara pagi tadi mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perkhidmatan Pos di cawangan Pejabat Pos Pusat Memproses Mel, Lapangan Terbang Lama, Berakas. 

Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara berkesempatan untuk mengetahui lebih dekat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini iaitu: 

1. Perangkaan Keluar dan Masuk Mel Suku Tahun 2020 - Ahli-Ahli Yang Berhomat telah mendengarkan taklimat bagi maklumat mengenai jumlah perangkaan tahunan bagi suku tahun 2020. Perangkaan ini juga mengandungi beberapa maklumat yang mengenai jumlah perangkaan tahunan keluar dan masuk mel (Mel Tempatan dan Mel Antarabangsa). Antara perangkaan yang telah dikongsikan adalah seperti mel yang sudah diproses kemudiannya telah dibahagikan kepada beberapa pecahan seperti paket kecil, surat atau mel berdaftar, surat biasa dan Printed Matters. 

2. Processing and Quarantine Area (Kawasan Pemerosesan dan Kuarantin) – Dengan adanya Pandemik COVID-19 sejak awal tahun 2020. Jabatan ini telah mengambil inisiatif bagi mengetatkan lagi pemerosesan beg mel yang tiba di Negara Brunei Darussalam. Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menyaksikan Bilik Container yang di bina bagi tujuan pemerosesan dan kuarantin serta Fogging keatas beg-beg mel yang baru tiba. Inisitif pembinaan Bilik Container ini telah siap pada bulan November 2020. 

3. RFID Gate (GMS Letter Performance) telah dipasang pada pertengahan tahun 2019. Sistem ini telah dikongsikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai fungsi bagi memantau dan mengukur prestasi penghantaran mel-mel yang diproses di Pusat Memproses Mel. Setakat bulan Oktober 2020, proses sistem ini telah memberikan prestasi pemerosesan dalam tahap 100%. 

4. X-Ray Area (PPE) – Di kawasan ini Ahli-Ahli Yang Berhormat berpeluang melihat mel yang tiba di Pejabat Pos MPC dan proses akan melalui dua langkah atau proses utama iaitu mel berkenaan akan menjalani tapisan pemeriksaan x-ray yang akan dibuat oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Mel ini kemudiannya akan dicop dengan label hijau atau label merah. Mel yang sudah diproses kemudiannya akan dibahagikan kepada pecahan seperti paket kecil, surat atau mel berdaftar, surat biasa dan Printed Matters. 

5. eKadaiBrunei Pameran SME Logistics Partner EMS Poslaju. - Lawatan terakhir Ahli-Ahli Yang Berhormat ialah menyaksikan pameran bagi Perkhidmatan eKadaiBrunei yang bertempat di Ruang Legar Pejabat Pos Pusat Memproses Mel, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Jabatan Perkhidmatan Pos adalah selaku rakan-kongsi logistik dan dengan adanya Perkhidmatan eKadaiBrunei ini, jabatan juga memberikan tawaran Perkhidmatan Poslaju (Domestik) dan EMS SpeedPost (Antarabangsa). eKadaiBrunei adalah direktori atas talian bagi menghubungkan SMEs / eCommerce Market Place inisiatif daripada AITI yang telah mula diperkenalkan sejak April 2020 bagi memudahkan orang ramai membuat pembelian secara atas-talian. 

Turut hadir semasa lawatan adalah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (AITI); Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Attachments
Created at 23/12/2020 12:39 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 23/12/2020 12:40 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni