Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENGUMUMAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN MENULIS SURAT KIRIMAN SEMPENA HARI POS SEDUNIA 2021

Hari Selasa, 30 November 2021 - Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei Darussalam telah mengumumkan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang – pemenang bagi peraduan menulis surat kiriman secaramaya melalui atas talian. Pada tahun ini seramai 360 telah menyertai peraduan ini yang merangkumi dari sekolah-sekolah rendah dan menengah bagi kanak-kanak yang berumur di antara 9 tahun hingga 15 tahun. Peraduan ini adalah bersempena sambutan Hari Pos Sedunia pada tahun ini. Dalam pada itu, peraduan ini juga telah diberikan kerjasama serta dihakimi oleh wakil pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

Dalam ucapan alu-aluan selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Haji Aminuddin bin Haji Mohd. Taib, Pemangku Ketua Pos Agung telah mengumumkan pemenang-pemenang bagi Peraduan Menulis Surat Kiriman Sempena Hari Pos Sedunia 2021 pada hari ini. Tetamu Kehormat juga menyatakan bahawa matlamat utama daripada peraduan ini adalah untuk melatih anak-anak di peringkat sekolah dan memberikan pendedahan tentang peranan penting yang dimainkan oleh perkhidmatan pos dalam masyarakat kita. 

kpask2021.jpg

Tetamu Kehormat Majlis 

Yang Mulia Haji Aminuddin bin Haji Mohd. Taib,  Pemangku Ketua Pos Agung


Dengan peraduan ini juga diharap akan dapat memupuk semangat dalam mengarang surat kiriman agar tidak ditelan zaman dan membantu mengukuhkan ikatan persahabatan antarabangsa. Selaras dengan tema/tajuk peraduan menulis surat kiriman yang ditetapkan iaitu "Write a letter to a Family member about your experience of COVID-19", peraduan ini merupakan cara yang terbaik untuk menggalakan perkembangan literasi melalui perkongsian pengalaman semasa COVID-19 ini dan mendedahkan generasi muda mengarang surat dengan kreatif.

Pemenang pertama telah dimenangi oleh Yang Mulia Dyg. Claudine Fu Sin dari Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Kuala Belait. Beliau telah mendapat markah sebanyak 97 peratus dan menerima Wang Tunai $500.00 beserta piala dan sijil penyertaan. Surat Kiriman bagi pemenang pertama ini juga mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Peraduan Surat Kiriman Antarabangsa yang dianjurkan oleh Universal Postal Union di Berne, Switzerland. Pemenang kedua pula telah dimenangi oleh Yang Mulia Dyg. On Jia Xian, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, beliau mendapat 87 peratus dan telah menerima wang tunai $300.00 beserta piala dan sijil penyertaan. Pemenang ketiga pula telah dimenangi oleh Yang Mulia Awg. Muhammad Darwisy bin Awg. Salleh, Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Kuala Belait dengan mendapat 86 peratus, beliau telah menerima wang tunai $200.00 beserta piala dan sijil penyertaan.

Manakala seramai lima (5) orang peserta telah menerima saguhati dan masing-masing menerima wang tunai wang tunai sebanyak $50.00 beserta piala dan sijil penyertaan. Penerima-penerima saguhati ialah Yang Mulia Dyg. Keirra Newn Xin Tong Sekolah Mengenah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Kuala Belait), Yang Mulia Dyg. Sarah Elyana Binti Mohamed Fairuz (Sekolah Menengah Yayasan, Sultan Haji Hassanal Bolkiah), Yang Mulia Dyg. Nerissa Tan Li Q (Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan), Yang Mulia Dyg. Fasya Maziyyah Binti Hj Bakri (Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Kuala Belait) dan Yang Mulia Dyg. Chong Li Hui Rachel (Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan).

Hadir pada sesi pengumuman pemenang surat kiriman secaramaya telah disaksikan oleh Yang Mulia Dr. Awang Rosdi bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pos Agung, wakil pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Pengetua-Pengetua, Guru-Guru, Ibu-Bapa pemenang dan Pegawai-Pegawai di Jabatan Perkhidmatan Pos.

Pada tahun ini semua pemenang dan penerima saguhati telah menerima hadiah masing-masing melalui penghantaran ke rumah kediaman pemenang dengan mengikut SOP COVID-19 seperti apa yang telah dinasihatkan dari Kementerian Kesihatan.

Untuk itu Jabatan Perkhidmatan Pos ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan syabas kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya memenangi peraduan menulis surat kiriman.

1sk2021.png

2sk2021.png

3sk2021.png

4sk2021.png

Attachments
Created at 02/12/2021 02:15 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 02/12/2021 02:16 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni