Hari Selasa, 22 Februari 2022 - Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei
Darussalam, mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan Setem Kenang-kenangan
Sempena Ulang Tahun Ke-100 Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Setem Kenang-kenangan ini siap
sedia untuk dijual kepada orang ramai yang berminat untuk mendapatkannya bermula pada hari
Selasa, 21 Rejab 1443 bersamaan 22 Februari 2022.
Keluaran Setem Kenang-kenangan ini adalah merupakan inisiatif Jabatan Perkhidmatan Elektrik
untuk memperingati Ulang Tahun Ke-100 Jabatan Perkhidmatan Elektrik sejak penubuhannya
pada tahun 1921.
Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan
empat (4) keping setem. Produk-produk setem yang akan di jual adalah seperti berikut:
1. Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Bersetem berharga $4.45 sekeping (Empat Ringgit dan
Empat Puluh Lima Sen Sahaja);
2. Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Tanpa Setem berharga $0.45 sekeping (Empat Puluh
Lima Sen Sahaja);
3. Setem 4 keping masing-masing berharga 100 sen sekeping (Satu Ratus Sen Sahaja);
4. Setem Set Penuh (4 keping) berharga $4.00 (Empat Ringgit Sahaja); dan
5. Lembaran Set Setem (24 keping) berharga $24.00 (Dua Puluh Empat Ringgit Sahaja).
Butiran teknikal rekabentuk setem adalah seperti berikut:
- Rekabentuk daripada Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Kementerian Tenaga
- Pencetak: Southern Colour Print, New Zealand
Ukuran setem: 40mm x 30mm
- Proses pencetakan: Offset lithography 300 Lines Per Inch
- Jenis kertas: Arconvert Gummed Stamp Paper 110gsm
- Nombor Lembaran Setem Bersiri: 00001 – 25000
- Perlubangan setem: 14.40 x 14.167
- Teks disediakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Kementerian Tenaga
Setem Kenang-kenangan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Jabatan Perkhidmatan Elektrik mula dijual
kepada orang ramai bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Dengan mengambilkira situasi
terkini jangkitan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan ini mengambil langkah
berjaga-jaga dengan memastikan penjarakan sosial dan juga memberikan perkhidmatan tanpa
sentuhan.
Bagi mendapatkan Setem Kenang-kenangan ini, orang ramai hendaklah membuat tempahan
dengan menghubungi cawangan-cawangan pejabat pos yang berkenaan atau melalui tempahan
secara dalam talian dengan mengimbas kod QR yang disediakan.
Setem-setem yang telah ditempah akan dapat diambil di cawangan-cawangan pejabat pos seperti
berikut:-
1. Setem Galeri, Pejabat Besar Pos, Bandar Seri Begawan;
2. Pejabat Pos Pusat Memproses Mel (MPC), Berakas;
4. Pejabat Pos Seri Kompleks;
6. Pejabat Pos Sengkurong;
8. Pejabat Pos Mumong, Kuala Belait;
10. Pejabat Pos Tutong; dan
Untuk keterangan lanjut, penggemar-penggemar koleksi setem dan orang ramai bolehlah terus
menghubungi Unit Pemasaran, Filatelik dan Perhubungan Awam di talian 673 729 1679 atau 673
222 2191 atau emel ke brustamp@post.gov.bn.
