Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

KELUARAN SAMPUL SURAT RASMI HARI PERTAMA DAN SETEM KENANG-KENANGAN SEMPENA ULANG TAHUN KE-100 JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, KEMENTERIAN TENAGA

Hari Selasa, 22 Februari 2022 - Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei Darussalam, mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan Setem Kenang-kenangan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Setem Kenang-kenangan ini siap sedia untuk dijual kepada orang ramai yang berminat untuk mendapatkannya bermula pada hari Selasa, 21 Rejab 1443 bersamaan 22 Februari 2022. 

Keluaran Setem Kenang-kenangan ini adalah merupakan inisiatif Jabatan Perkhidmatan Elektrik untuk memperingati Ulang Tahun Ke-100 Jabatan Perkhidmatan Elektrik sejak penubuhannya pada tahun 1921. 

Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan empat (4) keping setem. Produk-produk setem yang akan di jual adalah seperti berikut: 

1. Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Bersetem berharga $4.45 sekeping (Empat Ringgit dan Empat Puluh Lima Sen Sahaja); 

2. Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Tanpa Setem berharga $0.45 sekeping (Empat Puluh Lima Sen Sahaja); 

3. Setem 4 keping masing-masing berharga 100 sen sekeping (Satu Ratus Sen Sahaja); 

4. Setem Set Penuh (4 keping) berharga $4.00 (Empat Ringgit Sahaja); dan 

5. Lembaran Set Setem (24 keping) berharga $24.00 (Dua Puluh Empat Ringgit Sahaja). Butiran teknikal rekabentuk setem adalah seperti berikut: 

  • Rekabentuk daripada Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Kementerian Tenaga 
  • Pencetak: Southern Colour Print, New Zealand  Ukuran setem: 40mm x 30mm 
  • Proses pencetakan: Offset lithography 300 Lines Per Inch 
  • Jenis kertas: Arconvert Gummed Stamp Paper 110gsm 
  • Nombor Lembaran Setem Bersiri: 00001 – 25000 
  • Perlubangan setem: 14.40 x 14.167 
  • Teks disediakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Kementerian Tenaga 

Setem Kenang-kenangan Sempena Ulang Tahun Ke-100 Jabatan Perkhidmatan Elektrik mula dijual kepada orang ramai bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Dengan mengambilkira situasi terkini jangkitan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan ini mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan penjarakan sosial dan juga memberikan perkhidmatan tanpa sentuhan. 

Bagi mendapatkan Setem Kenang-kenangan ini, orang ramai hendaklah membuat tempahan dengan menghubungi cawangan-cawangan pejabat pos yang berkenaan atau melalui tempahan secara dalam talian dengan mengimbas kod QR yang disediakan. 

Setem-setem yang telah ditempah akan dapat diambil di cawangan-cawangan pejabat pos seperti berikut:- 

1. Setem Galeri, Pejabat Besar Pos, Bandar Seri Begawan; 

2. Pejabat Pos Pusat Memproses Mel (MPC), Berakas; 

3. Pejabat Pos Gadong; 

4. Pejabat Pos Seri Kompleks; 

5. Pejabat Pos Muara; 

6. Pejabat Pos Sengkurong; 

7. Pejabat Pos Lumut; 

8. Pejabat Pos Mumong, Kuala Belait; 

9. Pejabat Pos Seria; 

10. Pejabat Pos Tutong; dan 

11. Pejabat Pos Bangar. 

Untuk keterangan lanjut, penggemar-penggemar koleksi setem dan orang ramai bolehlah terus menghubungi Unit Pemasaran, Filatelik dan Perhubungan Awam di talian 673 729 1679 atau 673 222 2191 atau emel ke brustamp@post.gov.bn. 

qrcode setem elektrik.PNG

Attachments
Created at 24/02/2022 06:24 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 24/02/2022 06:29 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni