Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI DAN JABATAN-JABATAN SERTA AGENSI-AGENSI PIHAK BERKUASA DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1445H / 2024M
Isnin, 1 April 2024 - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi tahun 1444H/2023M pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Majlis telah dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei Darussalam. Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

WhatsApp Image 2024-04-01 at 12.41.52 PM.jpeg
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Baqarah Ayat 185 hingga 186 oleh Yang Mulia Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki, Pegawai Pendidikan Ugama, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah. Majlis juga diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Al-Quran Pedomanku’ yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa, Ketua Unit Da’wah Daerah Belait, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada 35 orang anak-anak yatim yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli keluarga warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya. 
WhatsApp Image 2024-04-01 at 12.41.54 PM (2).jpeg
WhatsApp Image 2024-04-01 at 12.41.56 PM (1).jpeg
WhatsApp Image 2024-04-01 at 12.41.55 PM (2).jpeg


Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan kementerian bersempena bulan Ramadhan dalam sama-sama memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran iaitu peristiwa turunnya ayat-ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata’ala, di samping menambah kesedaran dalam menyantuni anak-anak yatim serta mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya. 
WhatsApp Image 2024-04-01 at 12.41.53 PM (1).jpeg 
WhatsApp Image 2024-04-01 at 12.41.53 PM (2).jpeg


-TAMAT- 

Disediakan oleh: 
Jabatan Perkhidmatan Pos 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 
Negara Brunei Darussalam

Attachments
Created at 02/04/2024 11:20 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 02/04/2024 11:28 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni