Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-78 TAHUN

​​Selasa petang, 10 Muharram 1446 bersamaan 16 Julai 2024 – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-78 Tahun, bertempat di Surau Lapangan Antarabangsa Berakas, Brunei Darussalam.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

IMG_3189editcrop.jpg 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah dan diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

IMG_3179cropedit.jpg

Turut hadir ialah Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.

Majlis ini diadakan sebagai melahirkan rasa kesyukuran di atas kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga baginda sentiasa dilimpahkan rahmat-Nya, sihat walafiat dan dilanjutkan usia serta kekal karar memerintah atas singgahsana, dan seterusnya mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta Kerabat Diraja dikurniakan taufik, hidayah serta inayah daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.​

Attachments
Created at 17/07/2024 03:03 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 17/07/2024 03:08 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni